Monday, March 31, 2014

HARI PERTAMA BIG

Assalamualaikum...

Hari pertama BIG ibarat sejarah dalam hidup saya. Apa tidaknya, itu kali pertama saya rasa sangat-sangat malu sebegitu.
 
Mengapa?
 
Saya datang lewat sehingga bas sudah pun bertolak! MasyaAllah. Saya sendiri pun terkejut. Apa tidaknya, saya hanya bangkit pada pukul 8.10 pagi! Kelam kabut saya dibuatnya. Beg pula belum saya siapkan. Memang. Saya terus menangis.
 
Kondisi tubuh yang tidak cukup rehat buat saya benar-benar tidur seperti orang mati. Saya kesal dengan sendiri. Suami tiada di sisi. Anak pula jauh saya tinggalkan. Mujur mak mertua tergerak hati untuk memanggil nama saya. Mujur juga roh saya terjaga.
 
Saya memohon beribu maaf kepada kepada pensyarah atas kesalahan saya. Juga kepada sahabat-sahabat yang lain. Saya akui saya salah. Saya tidak sengaja. Ini pengalaman terburuk saya.
 
Akhirnya saya bertolak juga dengan menaiki kereta pensyarah. Alhamdulillah. Malu memang tidak bertepi. Tapi saya gagahkan juga hati.
 
Yalah. Malu memang malu, tapi saya tetap cerita kepada semua agar kisah ini menjadi pengajaran buat kita. Lebih-lebih buat diri sendiri. Agar saya selalu ingat. Ini ujian buat saya. Perjalanan masa sentiasa terus, tidak berhenti. Masa yang berlalu tidak boleh lagi kita kejar. Hanya masa yang ada dihadapan perlu kita manfaatkan supaya kesalahan yang sama tidak berulang.  

Syukur juga saya sempat mengikuti program-program BIG. Walaupun diri ini uzur, tapi pada saya inilah pengalaman dan peluang yang mungkin hanya sekali datang.

Pada sesi pertama, kami telah ditunjukkan cara-cara untuk memakai Boya Aid (BA) dengan betul.

Saling menolong. Rupanya bukan mudah nak pakai BA dengan betul!

Sempat lagi bergambar beramai-ramai. Senyum semua!
 
Sesi petang diteruskan dengan latihan praktikal penggunaan BA di dalam air. Tapi sayangnya saya tidak dapat mengikuti latihan praktikal tersebut kerana bertugas untuk memasak makan malam di dapur.
 
 
Kuliah Maghrib disampaikan oleh Tuan Haji Solleh bin Jusoh.
 
Pada malamnya, kami kena buat persembahan mengikut unit. Gambar ini diambil semasa sesi perbincangan sedang berlangsung.
 
Kami sedang berdikir barat. Ewah!
 
 
Hari pertama tamat di sini. Nantikan kisah menarik pada hari kedua BIG pada entry akan datang pula ya!
 
Terima kasih sudi sudi membaca entry saya kali ini :)
 
Salam.
 
 
 


Sunday, March 30, 2014

HANYA MUQADIMAH B.I.G

Assalamualaikum....

Baru-baru ini, saya telah mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) bertenpat di Kem Tebu View, Besut. Program bermula pada 26 hingga 28 Mac 2014.


Para Peserta BIG yang terdiri daripada semua pelajar DPLI j-QAF 2014 bergambar tanda kenangan bersama para pensyarah di Lata Belantan, Besut.


Ini hanya muqadimah.
Nantikan kisah-kisah menarik sepanjang BIG pada entry akan datang ya!

Selamat Berbloging sahabat-sahabat :)
Salam.

Tuesday, March 25, 2014

Jom Belajar Jawi

Assalamualaikum...

Kawan-kawan, jom dengar lagu ni!


Selamat Berinteraksi

Assalamualaikum...

Kuasa hidrat semula ini akhirnya datang di sini. Terima kasih Puan Rozlina yang sudi memberi tunjuk ajar dalam "The Making Of" blog ini!

 


Selamat berinteraksi sahabat-sahabat DPLI-SR j-QAF Pendidikan Islam 3!
Salam.